Friday, October 30, 2009

F&N buka kilang air galian kedua di Bentong


F&N akan menjadi peneraju dalam industri minuman ringan dengan adanya kilang air galian yang telah beroperasi di Bentong, Pahang.


KUALA LUMPUR - Kilang air galian kedua Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) di Bentong, Pahang baru-baru ini dijangka memantapkan lagi kedudukan syarikat untuk menjadi syarikat minuman menyeluruh serantau yang bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Fraser & Neave Holdings Bhd. Tan Ang Meng berkata, kilang air galian yang bernilai RM12 juta itu juga bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri minuman ringan di negara ini sekali gus meningkatkan lagi penguasaan pasarannya dalam kategori air botol di pasaran tempatan.

F&N memiliki kilang air galian pertamanya di Kuching, Sarawak yang mula dibuka pada tahun 2006, ia dimiliki Borneo Springs iaitu anak syarikat F&NCC Beverages Sdn. Bhd. (F&NCC).

F&NCC pula adalah anak syarikat Kumpulan F&N yang merupakan pengilang dan pengedar minuman ringan terbesar di Malaysia serta kini mengendalikan empat kilang serta produk minuman yang diedarkannya termasuklah air daripada jenama 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N Originals, SEASONS dan fruit Tree dan produk Coca-Cola.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: