Friday, October 30, 2009

Pintu rezeki Orang Asli tertutup


GUSTI menunjukkan kawasan projek penebangan hutan bakau dan penambakan di Sungai Luncu, Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU - "Pintu rezeki kami semakin tertutup, sudahlah sungai tercemar, kini kerja-kerja penebangan dan penambakan Sungai Luncu di sini memburukkan lagi keadaan."

Itulah rintihan 24 keluarga orang asli di Kampung Teluk Jawa, Masai di sini yang tertekan dan kecewa berikutan sumber rezeki yang diperoleh dari sungai berkenaan makin terjejas.

Difahamkan kerja-kerja menebang dan menambak sungai itu bertujuan bagi membangunkan kawasan perumahan mewah yang dimulakan sejak enam bulan lalu.

Sebelum ini, tiga bulan lalu mereka turut ditimpa musibah pencemaran sungai menyebabkan banyak hidupan mati termasuk ribuan bangkai ikan terdampar di persisiran pantai.

Tok Batin kampung berkenaan, Gusti Tik, 43, berkata, projek berkenaan menyebabkan sistem sungai itu rosak sekali gus memusnahkan lubuk-lubuk pelbagai jenis ikan dan udang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: