Friday, October 30, 2009

Helah cinta wanita cantik - Kahwin hanya untuk dapat duit dari lelaki negara ini


Michael menunjukkan tiga lelaki mengahwini wanita rakyat asing tetapi telah meninggalkan mereka dalam senyap-senyap.


KUALA LUMPUR - Gara-gara mahukan isteri cantik di kalangan warga asing, ramai di kalangan lelaki di negara ini berputih mata apabila kebanyakan wanita yang dikahwini meninggalkan mereka secara senyap-senyap.

Malah, tanpa disedari lelaki terbabit turut menjadi mangsa penipuan wanita warga asing itu secara licik bagi tujuan terus mendapatkan wang walaupun pasangan itu telah lama tidak bersama.

Salah satu taktik yang kerap menjerat si lelaki yang berkahwin dengan wanita rakyat asing adalah si isteri menjadikan anak hasil perkongsian hidup sebagai umpan.

Dengan itu, si isteri yang banyak membabitkan rakyat China, Vietnam, Thailand dan Indonesia akan terus menerima kiriman wang daripada suami masing-masing walaupun mereka telah melarikan diri dan pulang ke negara asal.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, sepanjang tahun ini terdapat lima aduan daripada lelaki yang mendakwa mereka ditinggalkan oleh isteri masing-masing yang terdiri di kalangan wanita Vietnam, Thailand dan Indonesia.

"Aduan daripada lima pengadu itu semuanya mendakwa mereka terus menerus dipaksa secara senyap mengirimkan wang kepada isteri yang telah lama tidak bersama.

"Alasan wanita asing itu adalah untuk menyara anak yang dibawa pulang ke negara asal si wanita terbabit," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, daripada lima aduan tersebut, si suami baru menyedari isteri yang dikahwini masing-masing hanya mahu mendapatkan wang dan bukan berkahwin atas dasar cinta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: