Friday, October 30, 2009

Semua rekod perubatan hanya dalam iPHER


Fadila Hamzah (kiri) dan Jessica Gerald menunjukkan kad iPHER yang boleh merekodkan data pesakit di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini, rekod sejarah perubatan individu hanya disimpan oleh pihak hospital, kini seseorang pesakit boleh menyimpan rekod perubatan mereka dengan alat Rekod Perubatan Elektronik Individu atau iPHER.

Reka bentuknya sebesar kad kredit dengan kemudahan USB, memudahkan pesakit membawa iPHER ke mana-mana sahaja dan melihat sendiri rekod kesihatan mereka di mana-mana komputer tanpa memerlukan akses Internet serta pembaca kad.

MalaysiaHealthcare (MHC) yang merupakan penyedia pelancongan kesihatan di Malaysia mengambil inisiatif memperkenalkan iPHER bagi memudahkan urusan rekod kesihatan pesakit dengan pihak hospital.

Ketua Pegawai Eksekutif MHC, Suresh Ponnudurai berkata, melalui iPHER, dokumentasi rekod-rekod perubatan dapat diperoleh segera apabila mereka menjalani rawatan di hospital di dalam atau di luar negara.

"Dengan iPHER, pesakit tidak perlu lagi membawa segala rekod perubatan yang ada ketika menjalani rawatan di luar negara kerana mengandungi pelbagai data seperti X-Ray, preskripsi perubatan, ujian makmal, imunisasi, imej digital, rekod pergigian, penjagaan mata dan ujian Asid Deoksiribonukliek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: