Friday, October 30, 2009

Kecoh akhbar pelajar universiti Cambridge


SALAH seorang model dalam akhbar The Tab.




GAMBAR menunjukkan akhbar The Tab yang mencetuskan kontroversi.


CAMBRIDGE, England - Sebagai salah sebuah universiti paling berprestij di dunia, anda sepatutnya menjangkakan pelajar-pelajar Universiti Cambridge menumpukan perhatian pada ayat-ayat kesusasteraan dan menjadi 'ulat buku', lapor sebuah akhbar semalam.

Justeru tidaklah mengejutkan apabila tiga penuntut universiti itu yang menerbitkan akhbar The Tab yang mengandungi gambar beberapa pelajar wanita separuh bogel telah mencetuskan protes daripada beberapa pihak.

Akhbar di Internet itu juga mengandungi berita sukan terkini dan gosip selebriti malah ia mendapat sambutan popular apabila dilayari lebih 80,000 pengunjung untuk keluaran pertama.

Namun, bahagian yang memaparkan pakaian penuntut wanita hampir bogel dan rencana Bra-vo mengenai saiz coli wanita Cambridge mendapat kritikan pelbagai pihak.

Seorang pegawai hal ehwal wanita, Natalie Szarek mendakwa, ia merupakan gambar-gambar lama yang diterbitkan semula tetapi paparan itu dibimbangi boleh menjejaskan maruah wanita.

"Wanita separuh bogel itu ditonjolkan dalam keadaan menghairahkan. Kita sepatutnya boleh membuat akhbar yang lebih baik sesuai dengan taraf universiti ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: