Thursday, October 29, 2009

Bekas rocker Rolling Stones berhenti merokok kerana kesihatan

Bill Wyman dan isterinya, Suzanne Accosta bergambar semasa satu gala di New York pada 5 September, 2001.

BEKAS rocker Rolling Stones, Bill Wyman berhenti merokok kerana menghadapi masalah kesihatan yang serius selepas 55 tahun merokok.

Doktor menasihatkannya agar berhenti merokok atau bersedia menemui ajal sekiranya terus-menerus merokok.

Wyman ialah gitaris bass untuk kumpulan rock itu dari 1962 hingga 1992. Dia merupakan perokok tegar untuk beberapa dekad.

Satu perjumpaan dengan doktor baru-baru ini bagaimanapun menyedarkan Wyman tentang bahaya merokok.

Wyman berkata: "Doktor memberitahu saya: 'Jika anda terus merokok, anda akan menghidap emphysema (penyakit peparu).' Jadi saya fikir: 'Saya akan berhenti (merokok).'

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: