Friday, October 30, 2009

Perompak ditangkap kerana muka


MCNELLY


CHICAGO - Dua lelaki di Amerika Syarikat (AS) ditangkap polis di Caroll, Iowa selepas polis tanpa ragu lagi mengenal pasti mereka sebagai perompak kerana muka kedua-duanya diconteng dengan pen, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada malam Jumaat lalu apabila Matthew Allan McNelly, 23, dan Joey Lee Miller, 20, cuba memecah masuk sebuah apartmen di Carroll, 596 kilometer dari Chicago.

Seorang saksi yang terlihat mereka segera menghubungi polis dan memaklumkan dua suspek itu yang muka mereka diconteng menaiki sebuah kereta berwarna putih.


MILLER


Polis kemudian menahan kereta itu dan mendapati terdapat dua lelaki yang muka mereka diconteng. Muka McNelly mempunyai contengan seperti janggut.

Muka rakannya, Miller diconteng dekat mata seperti seorang anggota kumpulan rock terkenal, Kiss.

Kedua-dua mereka yang dituduh cuba melakukan rompakan dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibicarakan pada bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: