Friday, October 30, 2009

The Time Traveler's Wife Papar Cinta Sejati

Mungkin cerita ini dimulakan dengan sedikit kekeliruan namun ianya hanyalah kesinambungan kepada jalan cerita yang lebih mencabar. The Time Traveler's Wife memaparkan Henry (Eric Bana) dalam menempuh kehidupannya sebagai pengembara masa.


Keliru dengan identiti diri dan tidak dapat mengawal kuasa yang ada sehingga sering mengembara ke zaman yang berlainan. Kecacatan genetik anomali menyebabkan Henry sering mengembara ke masa dan zaman tanpa kawalan.

Hidupnya mula berubah setelah berjumpa Clare (Rachel McAdams) yang mendakwa telah berjumpa dengan lelaki tersebut sejak kecil lagi. Hidup mereka menjadi huru hara kerana Henry kerap menghilangkan diri namun Henry dari masa berbeza pula datang menemani Clare.

Pada pendapat Mangga Online, filem ini berjaya menimbulkan kesedaran bahawa kita tidak perlu menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup kerana hidup ini terlampau singkat untuk dikesali. Hargai segala apa yang ada sebelum ianya hilang buat selama-lamanya. Gandingan Eric Bana dan Rachel McAdams tidak perlu diragukan lagi kerana kedua-duanya bijak membawa watak dengan berkesan sekali.

Saksikan filem yang sarat dengan elemen kehidupan yang diserikan dengan sedikit fiksyen di dalamnya. Pengarah bijak mengadunkan setiap babak untuk mengaitkannya dengan babak masa dahulu dan akan datang. Saksikan filem arahan Robert Schwentke yang sudahpun ditayangkan di pawagam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: