Friday, October 30, 2009

Ekonomi AS keluar kemelesetan

WASHINGTON - Ekonomi Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sudah keluar daripada kemelesetan pada suku ketiga dan mencatat pertumbuhan paling pesat dalam tempoh dua tahun.

Data itu yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan AS semalam menunjukkan selepas empat suku mengalami pengecutan, ekonomi AS naik 3.5 peratus antara Julai hingga September lalu.

Angka itu ialah peningkatan terbesar AS sejak suku ketiga 2007 apabila satu krisis gadai janji subprima yang mencetuskan pula krisis kewangan dan ekonomi global.

Jabatan itu sebelum ini meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku ketiga sekitar 3.2 peratus biarpun kebanyakan penganalisis menjangka ia mungkin lebih baik.

Peningkatan pada suku ketiga itu dijangka memacu tahap perbelanjaan pengguna di AS sehingga 3.4 peratus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: