Friday, October 30, 2009

Kompleks beli-belah terbesar dunia lengang


PEMANDANGAN New South China Mall di Dongguan, China yang lengang selepas dibuka pada tahun 2005.



BEIJING - Sebuah kompleks beli-belah, New South China Mall yang dicanangkan sebagai terbesar di dunia didapati lengang apabila hanya 12 dari 1,500 buah kedai yang dibuka, lapor sebuah akhbar semalam.

Pusat perniagaan itu dibuka pada 2005 dan terletak di bandar Dongguan, wilayah Guangdong, 1,133 kilometer dari Beijing.

Ia dibina bagi menampung lebih 70,000 pengunjung pada setiap hari tetapi apa yang berlaku di pusat itu kini tidak seindah seperti diharapkan.

Pemajunya, Hu Guirong mengambil masa dua tahun dengan menjelajah ke seluruh dunia untuk mendapat ilham bagi membina kompleks itu yang turut mengandungi landasan rollercoaster setinggi 553 meter.

Seorang perunding peruncitan, Dick Groves berkata, kegagalan projek itu disebabkan oleh kurangnya pengalaman dalam bidang perniagaan dan sistem kewangan yang tidak berdisiplin.

"Apabila mudah mendapat pinjaman tanpa perlu untuk meyakinkan seseorang mengenai kebolehsanaan projek itu dan tanpa menunjukkan komitmen pra-pajakan, anda akan mula menghadapi pelbagai masalah," katanya.

Kompleks itu dibina di bandar yang terkenal kerana mempunyai ramai pekerja kilang bergaji rendah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: