Friday, October 30, 2009

Dengarnya...: Buah hati baru Que Haidar, Linda


WALAUPUN berita Que Haidar mendapat anak perempuan sudah tersebar luas, rasanya tidak terlalu lambat untuk Cik Normah mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Paling utama syukurlah sebab isterinya, Linda Jasmine selamat melahirkan bayi yang dinamakan Tengku Ratu Haidar pada 26 Oktober lalu. Semoga kehadiran Tengku Ratu terus mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara Que Haidar dan Linda.

Selepas ini anak pertama Linda, Qalif Khan daripada perkahwinan pertamanya sudah mempunyai teman di rumah. Tapi sebelum ini, Qalif pernah memberitahu dia impikan adik lelaki sebab boleh ajak bermain bersama. Bagaimanapun, rezeki yang dapat ialah adik perempuan.

Cik Normah dapat tahu, macam biasa Que dan Linda pun belum bersedia untuk menayangkan wajah anak mereka kepada media massa. Namun mereka tidak menghalang jika ada rakan-rakan wartawan yang ingin melawat. Nampaknya lambat lagilah peminat mereka nak dapat peluang tengok wajah Tengku Ratu itu.

Cik Normah faham dengan permintaan Que Haidar dan isterinya itu. Sebut perihal menayang anak ini, Cik Normah tertunggu-tunggu juga bila agaknya Eja akan jemput rakan media melihat anak perempuannya, Nur Eishal. Cik Normah yakin ramai yang nak tengok.

Begitu juga dengan anak kembar Ziana Zain.

Dalam sibuk memperkatakan artis kita dapat anak, Cik Normah terlupa pula nak bagi tahu yang rakan setugas di Unit Hip, Serimah Mohd Sallehuddin selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama, Iqbal Azhar. Tapi sampai sekarang dek kesibukan mengejar artis bersalin ini, sampai kawan sendiri pun Cik Normah belum sempat melawatnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: