Friday, October 30, 2009

Peringatan kepada bakal haji - Dilarang ambil gambar wanita, duduk bersebelahan berlainan jantina


SEBAHAGIAN daripada 696 jemaah haji Malaysia yang pertama tiba di Mekah berarak beramai-ramai sambil bertalbiah melalui sebatang lorong menuju ke Masjidil Haram.


MEKAH - Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan beberapa nasihat kepada jemaah haji semasa berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji yang antara lain termasuk larangan merakam gambar.

Dalam rencana iklan yang dikeluarkan akhbar Arab News yang berpangkalan di Arab Saudi, pihak berkuasa menasihati jemaah haji supaya mengelak daripada mengambil gambar wanita dan tidak membawa kamera ke dalam masjid suci, Masjidil Haram.

Jemaah haji juga dinasihatkan supaya tidak bertanya dengan mereka yang berlainan jantina mengenai arah kawasan atau bantuan kerana ia boleh disalahtafsir selain tidak duduk bersebelahan dengan mereka yang berlainan jantina.

"Merokok juga tidak dibenarkan di dalam atau di luar masjid kerana ia dianggap satu penghinaan," kata rencana iklan itu.

Pihak berkuasa juga menasihatkan jemaah haji supaya tidak membawa wang tunai terlalu banyak bersama mereka di kawasan awam dan tidak menggunakan kenderaan persendirian untuk bersiar-siar di kawasan sekitar sebaliknya menggunakan teksi berlesen dan pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: