ULAN BATOR, Mongolia – Parlimen Mongolia semalam menyokong salah seorang hartawan di negara itu, Batbold Sukhbaatar menjadi perdana menteri baru negara berkenaan.
Batbold yang merupakan bekas menteri luar Mongolia, dalam ucapannya berikrar untuk meneruskan polisi properniagaan yang dilakukan oleh penyandang jawatan itu sebelum ini, Bayar Sanjaa.
Bayar meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Mongolia selepas beliau mengalami masalah hati dan memerlukan rawatan perubatan.
“Kerajaan campuran ketika ini akan meneruskan dan menyiapkan usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Bayar.
Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua rakyat Mongolia mendapat pekerjaan dan pendidikan,” kata Batbold.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: