BIARPUN sedang meniti zaman kegemilangan, 50 Cent mendedahkan dia pernah menjual dadah ketika berusia 12 tahun untuk menyara keluarganya di New York.
Bagaimanapun penyanyi rap yang popular dengan lagu Crimewave itu menafikan dia tidak pernah menjadi penagih dadah kerana tahu ia boleh membawa maut.
"Saya jual dadah kerana itu sahaja pilihan yang saya ada. Waktu itu, saya pun tidak tahu mahu bekerja sebagai apa. Bila orang menawarkan kerja menjadi penjual dadah, saya terima.
"Tapi saya tak ambil dadah kerana tahu ia boleh membunuh. Saya boleh berkhayal kerana benda (dadah) itu dan bila tersedar, saya pasti akan terasa sesuatu yang kurang menyenangkan," ujarnya kepada BANG Showbiz.
Selepas ditahan kerana pembabitan jualan dadah pada tahun 1994 di usia 19 tahun, 50 Cent dipenjarakan selama tiga tahun.
Enggan mengenang kembali cerita lampau, 50 Cent yang bakal mengeluarkan album terbarunya, Before I Self Destruct, tetap gembira kerana kehidupannya kini lebih teratur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: