Saturday, October 31, 2009

Pasar raya Wal-Mart jual keranda bajet




BENTONVILLE - Gergasi peruncitan terbesar dunia, Wal-Mart (gambar) berhasrat untuk terus menjalinkan urus niaga dengan para pelanggan walaupun selepas mereka meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Rangkaian pasar raya tersebut bercadang menjual keranda pelbagai saiz dan rekaan dengan harga lebih murah berbanding pasaran, bermula AS$895 (RM3,079) hingga AS$2,899 (RM9,972).

Wal-Mart turut membenarkan para pelanggan merancang 'hari suram' dengan membuat pembelian keranda melalui skim ansuran tanpa faedah 12 bulan dan menjamin ia dihantar dalam tempoh 48 jam.

Sehingga kini, Wal-Mart sudah melengkapkan keperluan 'dari dalam buaian hingga ke kubur.'

Jurucakap Wal-Mart, Ravi Jariwala berkata, keranda berkenaan 'hanya ujian bagi memahami tidak balas pelanggan.'

Sementara itu jurucakap Persatuan Pengarah Rumah Pengebumian Kebangsaan, Pat Lynch mengkritik langkah Wal-Mart itu kerana tidak memberikan sentuhan 'kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: