JOHOR BAHRU - Tidak sampai sepuluh hari, Maritim Malaysia menahan lagi dua buah kapal yang juga berdaftar di Singapura kerana dipercayai melakukan pemindahan minyak kotor secara haram di perairan Tanjung Piai, Pontian kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh berkata, pada 21 Oktober lalu, dua buah kapal lain milik republik tersebut ditahan kira-kira 2.8 batu nautika tenggara Tanjung Stapa, Kota Tinggi.
Katanya, kedua-dua kapal tersebut juga dipercayai melakukan aktiviti yang sama iaitu pemindahan minyak ketika pemeriksaan dilakukan.
"Pada kejadian semalam, kami dapati kapal MT. Jurong Herring memindahkan 3,580 liter minyak kotor ke kapal MT. Sea Jaguar di kedudukan 2.1 batu nautika dari barat daya Tanjung Piai pada pukul 8.50 malam.
"Ketika dihampiri, kedua-dua kapal berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan dan 'berhimpit' di antara satu sama lain dan siasatan awal mendapati berlaku pemindahan minyak kotor tanpa permit," katanya dalam kenyataan di sini.
Difahamkan, terdapat 19 anak kapal di dalam MT. Jurong Herring yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan India manakala seramai sembilan anak kapal di dalam MT. Sea Jaguar yang terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan India.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: