Monday, October 19, 2009

Tiga beranak terima ijazah serentak


NOR AZMI bersama isteri, Abidah dan anak mereka, Nurul Syazwani begitu gembira selepas memperoleh ijazah masing-masing pada majlis Konvokesyen UiTM di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Ikatan kekeluargaan yang erat membawa tiga beranak melangkah ke mercu kejayaan apabila mereka bersama-sama menerima ijazah pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-71 di sini semalam.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini, Nor Azmi Rahmat, 47, dan isterinya, pegawai teknologi pendidikan Abidah Yahya, 48, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengurusan Pendidikan) manakala anak sulung mereka, Nurul Syazwani, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan).

Bapa kepada enam orang anak itu ternyata gembira dan bersyukur kerana impiannya untuk memperoleh ijazah bersama isteri dan anaknya akhirnya tercapai.

"Saya dah lama merancang untuk melanjutkan pelajaran bersama isteri dan alhamdulillah impian kami tercapai dan hari ini (semalam) kami sama-sama menerima ijazah dan lebih bermakna lagi anak sulung kami (Nurul Syazwani) juga turut sama," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment