Monday, October 19, 2009

Kembalikan caruman 11 peratus

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan membenarkan pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikembalikan kepada 11 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin pulih, pekerja yang memilih untuk kembali kepada potongan sebanyak 11 peratus perlu disegerakan.

"Ini bukan sahaja melibatkan simpanan untuk hari tua, malah simpanan KWSP amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

"Bagaimanapun, potongan caruman yang dikurangkan sebanyak tiga peratus sangat kecil dan ia tidak menyumbang banyak kebaikan kepada pencarum," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Omar memberitahu, sekiranya peratusan caruman itu dikembalikan kepada 11 peratus, ia mampu memberikan manfaat kepada semua pekerja terutamanya penjawat awam.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: