Monday, October 19, 2009

10 jam Awie diambil keterangan


AWIE keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas memberi
keterangan kepada polis semalam.



KERATAN Kosmo! 10 Oktober.


GEORGE TOWN - Penyanyi rock popular, Awie semalam tampil memberi keterangan mengenai dakwaan dia terlibat dalam kes gaduh dan pukul seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Upper Penang Road di sini Julai tahun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 1.15 petang semalam.

Selepas hampir 10 jam, Awie diambil keterangan, dia dilihat keluar dari balai polis itu pada pukul 10.40 malam tadi.

Awie semasa ditemui berkata, dia hadir ke balai polis bagi membantu siasatan dakwaan dia terlibat memukul seorang lelaki di pusat hiburan tahun lalu.

"Saya tidak tahu apa tindakan polis selanjutnya kerana saya hanya datang sebagaimana yang diminta oleh polis dan telah memberi kerjasama sebaik mungkin.

"Saya beri keterangan bagi mempertahankan diri saya dan selepas ini biarlah keadilan yang menentukan kebenaran atas dakwaan itu," kata Awie sebelum meninggalkan balai polis dan bertolak ke Kuala Lumpur malam tadi.

Akhbar pada 10 Oktober lalu mendakwa Awie bersama beberapa rakannya menyerang seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Upper Penang Road di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: