Saturday, October 17, 2009

Setiausaha bos nuklear terlibat skandal seks


Julia.


LONDON - Seorang setiausaha ketua nuklear Britain didakwa meletakkan keselamatan negara itu dalam risiko selepas dia mengambil bahagian dalam 'parti seks', lapor sebuah akhbar semalam.

Setiausaha tersebut, Julia Sinclair yang berumur 48 tahun itu mendedahkan dirinya pada ugutan kerana dia terlibat dalam sesi bertukar-tukar teman lelaki.

Dia bertugas sebagai pembantu peribadi kepada Laksamana Muda Stephen Lloyd yang bertanggungjawab bagi penghantaran kapal selam nuklear.

Pakar-pakar menyatakan Julia mempunyai akses melihat dokumen-dokumen penting di Kementerian Jabatan Pertahanan Britain di Abbey Wood dekat Bristol.

Hobi wanita itu didedahkan selepas gambar-gambarnya yang menunjukkan dia menghadiri dua parti seks diedarkan kepada rakan-rakan yang sukar bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Dalam satu sesi seks di sebuah tempat di Travelodge, dia didapati berada bersama sekumpulan lelaki yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini.

Seorang pakar keselamatan, Chris Dobson berkata: "Ia merupakan satu risiko keselamatan. Situasi seperti itu yang dimahukan oleh Kesatuan Soviet (kini Rusia) iaitu memerangkap seseorang yang memegang jawatan sensitif, tempatkan mereka dalam situasi seks dan rakamkan gambar mereka untuk tujuan peras ugut."

Seorang lagi pakar berkata: "Dia mempunyai maklumat sensitif berhubung peluru berpandu Trident."

Menurutnya, dia mempunyai akses e-mel laksamana itu, diari dan maklumat penting berhubung jabatannya.

"Bertukar-tukar pasangan itu mempunyai kesan yang serius. Ia merupakan ancaman terhadap keselamatan negara," katanya.

Semasa ditanya mengenai pesta seks itu, Julia mendakwa melakukannya.

Julia mengaku dia tidak memberitahu suaminya berhubung isu itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: