Saturday, October 17, 2009

Cheryl larang keluarga saksi X Factor




LONDON - Seorang juri pertandingan program realiti nyanyian X Factor, Cheryl Cole (gambar) melarang keluarga dan rakan-rakannya menjadi penonton ketika dia muncul untuk program realiti itu pada minggu ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi kumpulan Girls Aloud itu berkata, dia bakal mempersembahkan lagu daripada single solo, Fight For This Love dalam pertandingan nyanyian tersebut pada malam esok.

"Ramai rakan saya yang berhasrat datang untuk memberi sokongan kepada saya apabila saya menyanyi di pentas namun saya menolak kerana kedatangan mereka kerana boleh menakutkan saya," katanya.

Pada tahun lalu, Cheryl, 26, pernah naik ke pentas X Factor untuk menyanyi lagu Promise bersama kumpulannya tetapi persembahan mereka dikritik banyak pihak kerana penyampaian vokal yang kurang mantap.

Bagi memastikan persembahan tahun ini adalah sempurna, Cheryl dijangka membuat rakaman awal di hadapan penonton sebelum program itu disiarkan secara langsung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: