![]() |
| SASHA GREY |
BERLIN - Setelah membintangi 167 filem lucah dan bekerja di bawah beberapa pengarah Hollywood, aktres porno Amerika Syarikat (AS), Sasha Grey kini muncul sebagai model penghias majalah lelaki popular, GQ, lapor sebuah akhbar semalam.
Baru berusia 21 tahun, gadis jelita dari California itu telah bercita-cita untuk menjadi seorang bintang porno sejak dia berusia remaja.
"Dalam dunia terdapat golongan wanita seperti saya yang gembira dan bersungguh-sungguh menjadi bintang porno," katanya dalam wawancara dengan majalah Internet, Spiegel.
Dalam majalah GQ Jerman edisi November, gadis liar dari AS itu nampak pemalu walaupun beraksi di hadapan kamera dengan hanya memakai stoking paras lutut dan seluar dalam.
Baru-baru ini, pelakon lucah itu mula mencipta nama di Hollywood setelah membintangi beberapa filem arahan Steven Soderbergh seperti 46, Sex, Lies, and Videotape, Erin Brockovich, Traffic, dan Oceans.
Namun, ia bukan kali pertama Grey muncul di layar perak kerana pada tahun lalu, namanya sudah menjadi sebutan apabila dia muncul dalam satu dokumentari mengenai industri porno, 9 to 5: Days in Porn.
Dokumentari penuh kontroversi tersebut diarahkan oleh sutradara dari Jerman, Jens Hoffmann.
Terbaru, bintang porno itu sibuk mencipta beberapa buah lagu untuk kumpulannya, ATelecine selain menghasilkan filem sulungnya yang diterbitkan syarikat perfilemannya sendiri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: