![]() LEONARDO dalam filem Catch If You Can. |
TONTONI filem Catch If You Can yang menampilkan gandingan dua pelakon terkenal, Tom Hans dan Leonardo Di Caprio menerusi slot Saturday Night Special On 2, di TV2, hari ini, jam 10 malam.
Filem drama komedi jenayah popular yang di inspirasi daripada kehidupan lelaki yang dikenali Frank Abagnale Jr arahan Steven Spielberg.
Filem Catch If You Can turut dibintangi Christopher Walken, Amy Adams, Martin Sheen dan Nathalie Baye.
Seolah terasa dirinya diabaikan, Abagnale Jr membesar menjadi remaja nakal dan gemar menipu. Malah turut menyamar sebagai juruterbang dan melakukan kesalahan besar memalsukan pendaftaran nama dan identiti orang lain. Abagnale Jr turut menyamar sebagai doktor dan peguam di Louisiana yang kemudiannya jatuh cinta dengan Brenda Strong, seorang jururawat di Georgia. Abagnale Jr berterus-terang mengenai identiti sebenar dirinya kerana terlalu mempercayai Brenda dan berhasrat mahu memulakan kehidupan baru dengannya di Eropah.
Saluran ntv7 pula menyiarkan program bual bicara mengenai gaya hidup sejak awal bulan ini. Program berjudul Rachael Ray disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi, sejak 5 Oktober lalu.
Program mempelawa penonton menimba pengalaman baru dalam kehidupan mengikut gaya pengacara. Terkenal dengan kehebatannya untuk mengajak penonton ke dapur dengan kaedah ringkasnya dalam masakan, Rachael berpegang teguh pada falsafahnya untuk membongkar jawapan kepada permasalahan masyarakat di sebalik dapur di samping banyak lagi aspek di dalam rancangan berkenaan.
Racheal turut menawarkan resipi dan panduan untuk masakan harian yang ringkas. Antara selebriti jemputan yang mewarnai program ini ialah Simon Cowell, Chandra Wilson (Grey’s Anatomy), Glenn Close, Mariah Carey, Courtney Cox, Josh Groban dan ramai lagi.
Sementara itu, Aura adalah satu lagi program mengenai gaya hidup di ntv7 yang disiarkan setiap Isnin, jam 7.30 malam. Sebuah program majalah yang sarat dengan elemen kesihatan dan gaya hidup, program Aura membawa pakar kesihatan dan kecantikan terus ke kaca TV. Siri menarik ini dihoskan oleh pelakon dan penyanyi, Nurul.
Program Aura mengandungi tiga segmen setiap minggu; Segmen 1 dicipta untuk penggemar kesihatan dan individu yang mencari sumber inspirasi untuk amalan hidup sihat. Rutin harian untuk tujuan beristirehat yang cukup popular di kalangan kaum hawa seperti penjagaan muka ke rawatan spa dan akupunktur di Segmen 2. Makanan dan amalan diet tidak ketinggalan di Segmen 3 berserta resipi sihat yang dapat membantu anda kelihatan jelita.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: