
Anak kelahiran Kuala Lumpur berdarah campuran Pakistan dan Melayu sebelah bapanya dan Cina dari sebelah ibunya ini bakal muncul menerusi drama Berikan Aku Kasih yang akan mengisi slot Citra, TV2 dengan menjayakan watak sebagai seorang ibu dan wanita teraniaya.
Menerusi Berikan Aku Kasih, pelakon tinggi lampai ini membawakan watak gadis bernama Kasih yang berkenalan, bercinta, berumah tangga dan bakal menimang cahaya mata dengan suaminya, Tanpa disedari, ada rahsia yang tersimpan kemas di dalam diari hidup Irfan dan juga ibu mertuanya.
Berikan Aku Kasih mengisahkan Kasih yang telah dipisahkan dari anak tunggalnya, Rizal oleh ibu mertuanya, Mak Leha. Kasih adalah anak yatim piatu, diperkenalkan kepada Irfan dan sebelum melamarnya sebagai isteri. Kasih yang begitu mengenali karakter Irfan hanya mampu untuk mengetahui latar belakang Irfan melalui Mak Leha, ibu Irfan. Seringkali Kasih dikejutkan dengan mimpi-mimpi buruk Irfan di tengah malam, menyebabkan dia menjadi tertanya-tanya tentang rahsia yang disimpan Irfan. Kasih melalui hidup sebagai suami isteri seperti biasa dan sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya. Mak Leha tumpang gembira dengan keadaan itu. Setelah melahirkan anak, Kasih dijaga oleh Mak Leha sepanjang tempoh berpantang. Mak Leha memberikan Kasih pelbagai ubat-ubatan herba dengan alasan supaya Kasih lekas sembuh, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kasih menjadi semakin lemah dan tidak bermaya dan dia menjadi hairan dengan keadaan itu.
Kasih mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku dan tuduhannya berasas. Dia cuba mengadu pada Irfan tetapi Irfan mengatakan Kasih hanya beranggapan bukan-bukan. Kehadiran Salina telah membantu menjernihkan kekeruhan yang melanda rumah tangga Kasih dan Irfan. Kasih dan Irfan kemudiannya bersemuka dengan Mak Leha dan akhirnya kebenaran dapat diketahui. Mereka menghantar Mak Leha untuk mendapatkan rawatan.
Selain Fouziah Ghous, drama terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Zulhuzaimy, Maimon Talib, Zulkifly Azari (Ijoy) dan Iris Yasmin.
Untuk mengetahui kesudahannya, sama-sama kita saksikan Berikan Aku Kasih disiarkan pada malam ini, jam 8.35 malam di TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: