![]() |
| SHIELA Majid dan anaknya, Khalefa Laila Murshim dipilih sebagai duta Nespray 1+. |
KANAK-kanak memang suka bermain. Tidak kira apa sahaja yang ada di sekeliling mereka, semuanya boleh dijadikan permainan.
Sebagai ibu bapa, biarkan anak anda bermain sepuasnya. Kerana melalui aktiviti ini, mereka akan belajar dan meneroka persekitaran.
Tanggung jawab kita pula adalah memastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya. Sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak, siri penyakit mula menyerang. Demam, selesema, cirit-birit dan muntah menyerang mereka tidak kira masa. Kini jangkitan influenza seperti H1N1 yang lebih berbahaya pula perlu diawasi.
"Jatuh sakit adalah perkara biasa bagi kanak-kanak. Namun, ia harus dicegah kerana ia mengganggu aktiviti harian dan pembelajaran mereka," kata Pengarah Eksekutif Perniagaan Bahagian Susu, Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh.
Katanya lagi, selain menjejaskan aktiviti harian, penyakit juga boleh berlarutan dan mengundang komplikasi yang lebih serius.
Jelas beliau, hari ini semakin ramai ibu bapa menunjukkan keprihatinan dalam kesihatan anak mereka dengan memberi yang terbaik melalui pengambilan produk berkhasiat yang dirumus khas untuk menguatkan pertahanan badan mereka.
Sistem imunisasi
Saintis Kajian Kumpulan Imunologi Nestle, Dr David Philippe mendefinasikan sistem imunisasi atau pertahanan badan sebagai jaringan sel, tisu dan organ yang terletak di seluruh tubuh.
"Ia berfungsi melindungi kita daripada pencerobohan bakteria (salmonella, listeria dan sebagainya), parasit (plasmodium malaria, giardia lambia), kulat (candida dan lain-lain) serta virus (influenza, beguk, measle, rhinovirus)" katanya.
Menurutnya, sistem pertahanan badan kanak-kanak sentiasa berkembang dan memerlukan sokongan untuk berfungsi sepenuhnya.
Oleh itu kata beliau, adalah penting memastikan mereka mendapat pemakanan yang pelbagai dan seimbang dengan pengambilan imunonutrien seperti vitamin A, C dan E, mineral seperti zat besi, zink dan selenium.
"Masa kanak-kanak adalah tempoh tumbesaran paling pantas dan dramatik. Ketika ini mereka akan meneroka persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit. Nutrisi adalah jawapan kepada tumbesaran yang sihat," katanya.
Selain itu beliau berkata, prebiotik dan probiotik sangat penting dalam membantu menguatkan sistem pertahanan semulajadi badan kanak-kanak.
Menurut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik merupakan organisma hidup (bakteria baik) yang jika diambil dalam jumlah secukupnya dapat menghasilkan kesan kesihatan kepada perumahnya.
Probiotik di dalam nutrisi bertindak sebagai anti jangkitan (keseimbangan usus), stimulasi imunisasi (pertahanan) dan modulasi keradangan.
"Manakala prebiotik pula adalah kandungan makanan yang tidak boleh dicerna yang membantu pertumbuhan dan aktiviti sesetengah bakteria baik," jelas Dr. Philippe.
Beliau menjelaskan bahawa kombinasi antara prebiotik dan probiotik dalam makanan boleh memastikan bakteria bermanfaat dapat membantutkan pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus dan seterusnya mengurangkan risiko sesetengah jangkitan penyakit gastrousus.
"Ia juga boleh melatih pertahanan badan untuk menjadi lebih kuat kerana usus yang sihat menjamin kesihatan badan," katanya.
Menurut Dr. Philippe, hasil usaha Pusat Penyelidikan Nestle dalam menggabungkan kesan perlindungan prebiotik dan probiotik lalu menghasilkan Active Protection (TM).
Formulasi inovatif ini menampilkan probiotik Nestle tersendiri iaitu lactobacillus protectus (atau nama saintifiknya lactobacillus paracasei).
Lactobacillus protectus sesuai dimasukkan ke dalam susu tepung, produk tenusu penapaian dan bahan cecair kerana ia bertahan ketika proses pengeluaran.
Tambahan pula ia dapat hidup dalam saluran gastrousus kanak-kanak dan mempengaruhi pertumbuhan populasi bakteria baik secara positif.
"Ia didapati dapat mengawal cirit-birit (bukan rotavirus) di kalangan kanak-kanak bawah umur 2 tahun," katanya.
Jelas beliau lagi, lactobacillus protectus paling berkesan apabila digabungkan dengan komponen prebiotik yang dipanggil Prebio 1 :FOS/ Inulin. Gabungan kedua-dua prebiotik dan probiotik dalam usus ini akan memastikan sistem penghadaman yang baik. FOS dan Inulin boleh membantu mengawal atur perjalanan usus kerana ia merupakan sejenis serat.
Inovasi susu
Nespray Growing Up Milk dengan Active Protection (TM) merupakan bukti terbaik Pusat Penyelidikan Nestle yang berpusat di Switzerland dalam menghasilkan produk berkualiti untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Selain kebaikan Active Protection (TM), ia juga ditambah asid lemak omega 3 dan 6 serta DHA (asid dokosaheksaenoik), ARA (asid arachidonik) dan SA (asid sialik). DHA, ARA dan SA adalah komponen penting dalam sel otak.
Konsep Nespray GUM dengan bahan terbaik bertindak mempromosi kesihatan usus yang lebih baik.
Ia juga mengandungi zat besi, vitamin E dan C, zink, selenium dan vitamin A. Kesemua bahan ini adalah untuk memperkuatkan pertahanan badan, menyediakan nutrein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: