![]() |
| SALIZA bersama suami dan anak bongsunya, Hafizudin. |
ERJA tidak akan menjaga ketika kita jatuh sakit, tetapi keluarga, saudara mara dan kawan-kawan sentiasa ada di sisi apabila kita sakit," kata-kata ini sentiasa terpahat di hati bekas pesakit kanser Saliza Khalid, 37 sejak setahun yang lalu.
Pada Jun 2008, tiba-tiba payu dara kanannya terlanggar palang kaunter dapur.
"Tiba-tiba saya merasakan ketulan pada bahagian payu dara saya. Ia tiba-tiba menjadi sakit. Saya menunggu selama dua minggu dan pada fikiran saya ketika itu, ia hanya simptom kedatangan haid," katanya.
Sibuk dengan kerja di pejabat tetapi ia tidak dapat membantu. Apabila haid Saliza berhenti, ketulan itu masih ada dan masih sakit. Ketika itu Pengarah Perhubungan Awam Avon, Elaine Aisyah mengadakan temujanji perubatan khusus untuk Saliza dengan segera.
"Kalau ikutkan saya, saya ingin menunggu dua minggu lagi sehingga persidangan di Manila, Filipina selesai. Tetapi atas dorongan Elaine, saya penuhi permintaannya," ujarnya.
Saliza bertuah kerana suami tersayang, Hazudin Badaruddin, 39 menjadi peneman setia di sisinya untuk berjumpa doktor.
Datuk Dr. Noor Ashikin menasihati Saliza untuk melakukan mamogram.
Terdetik di hatinya, sakit tak? Benarkah ketulan itu rasa sakit?
Harapan
"Selepas beberapa hari, saya ditemani kawan baik saya Zarina mengambil keputusan mamogram. Kemudian, pakar pembedahan payu dara, Dr. Azlina Firza mencadangkan saya melakukan biopsi. Ia untuk memastikan sama ada ia kanser serius atau tidak. Kata-katanya seakan saya memang sah menghidap kanser membuat saya menangis di hadapannya," jelasnya.
Saliza bertanya, adakah dia mempunyai harapan untuk hidup lebih lama?
Jawapan Dr. Azlina ringkas, pengesanan awal mungkin menyelamatkan Saliza. Jika ia kanser, Saliza bertuah kerana masih berada di peringkat awal.
"Walaupun saya sendiri mempunyai mak cik yang disahkan menghidap kanser payu dara empat tahun lalu, saya masih bertanya kepada Tuhan, kenapa saya? Berapa banyak masa yang saya ada, anak sulung, Hannah Irdina, baru empat tahun dan anak lelaki, Hafizudin, baru mencapai usia setahun. Saya bermohon kepada Tuhan agar saya diberi kekuatan menghadapai ujian ini," ujarnya sedih.
Seminggu selepas biopsi, Saliza mengambil keputusan dan hasilnya, ya, positif barah payu dara.
Kemudian, mereka sekeluarga melakukan mastektomi di Pusat Perubatan Pantai (PMC) Bangsar, Kuala Lumpur di bawah kendalian Dr. Azlina.
Pada empat Ogos 2008, Saliza berjaya melakukan pembedahan yang mengambil masa dua jam. Dia kemudian tinggal di hospital selama 10 hari dan menyambut hari jadinya ke 36 di sana bersama keluarga dan teman-teman.
"Syukur kepada Tuhan, saya tidak perlu melalui radioterapi. Enam pusingan kemoterapi sudah cukup buat saya. Seperti orang lain, saya juga melalui normal kesan seperti keguguran rambut, loya dan berkuku hitam," ujarnya cuba positifkan diri.
Pada januari 2009, enam bulan selepas Saliza mengambil cuti sakit yang panjang dengan gaji penuh daripada Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, dia berterima kasih kepada syarikat ini.
"Orang selalu bercakap, saya tidak kelihatan seperti pesakit kanser payu dara. Ya, saya sekarang sudah selamat daripada kanser itu. Ini semua kerana saya dapat mengesan awal. Sekarang saya mengendali makanan sihat dan sedikit senaman," bicaranya.
Ujian ini mengingatkan Saliza untuk mengimbangi segalanya termasuk amal ibadat. Baginya, dia perlu ingat akan tanggungjawab sebagai, ibu, isteri, anak, anggota masyarakat dan hamba Allah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: