KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih kekurangan pegawai penyiasat yang menyebabkan beban tugas yang perlu dipikul seorang pegawai penyiasat kekal dua kali ganda daripada yang sepatutnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, walaupun menerima pertambahan pegawai penyiasat namun ia masih tidak mampu menampung beban tugas yang dipikul dan menyebabkan seorang pegawai mengendalikan 20 kertas siasatan daripada 10 yang sepatutnya.
"Memang kita telah mendapat pertambahan pegawai penyiasat tetapi dengan pertumbuhan ekonomi dan kes-kes yang bertambah masih tidak cukup.
"Seorang pegawai penyiasat dan timbalan pegawai penyiasat sepatutnya mengendalikan 10 kertas siasatan, tetapi kita kekalkan seorang pegawai dengan 20 kertas siasatan," kata beliau selepas menyaksikan upacara serah dan terima tugas pegawai kanan polis di sini semalam.
Mohd. Bakri berkata, beban itu kini semakin bertambah apabila pegawai penyiasat kini bukan sahaja tertumpu pada kertas siasatan tetapi pada setiap laporan yang diterima bagi memenuhi kehendak orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: