KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menghantar 26,000 nama peminjam tegar yang gagal menjelaskan hutang mereka kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitam daripada keluar negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, mereka adalah siswazah yang mempunyai rekod gagal membayar pinjaman dalam tempoh lebih daripada lima tahun.
"Mereka ini merupakan peminjam tegar yang tidak menghiraukan surat peringatan dan amaran supaya membayar balik pinjaman yang berjumlah RM400,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan sumbangan Etihad Airways kepada wakil dua pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: