Wednesday, October 28, 2009

Menyesal suntik wajah


JENNIFER ANISTON


SEPERTI yang diketahui umum, aktres jelita Jennifer Aniston pernah membuat pengakuan bahawa dia ada membuat suntikan penghalusan kulit dan kemudian menyesal dengan tindakan itu.

Kata Jennifer, suntikan itu boleh memberi kesan kepada emosi seseorang dan ia benar-benar berlaku terhadap dirinya.

"Bila melihat seorang wanita, kita tahu yang mereka bukan muda lagi, cuma kita sukar untuk mengagak berapakah usianya. Lagipun suntikan boleh memberikan kesan kepada kita," ujarnya kepada Contactmusic.

Selain daripada pembedahan kosmetik, aktres berusia 40 tahun itu berbangga dengan tubuh badannya yang sentiasa diisi dengan menu makanan yang sihat.

Jennifer yang juga merupakan bekas isteri Brad Pitt berkata penjagaan makanan serta bersukan mampu mencantikkan keseluruhan tubuh badan wanita.

"Saya sedar bila saya makan burger dan kentang goreng setiap hari, saya tak mungkin akan mendapat tubuh badan seperti yang diinginkan. Lagipun seorang pelakon perlu menjaga berat badannya. Bagaimanapun saya takut dengan suntikan botox. Setakat ini terlalu banyak teman saya yang merana kerana botox," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: