Monday, October 26, 2009

Lily Allen senang retak tulang kerana artritis

Lily Allen tiba untuk GQ Awards di The Royal Opera House, London, pada 8 September 2009.

PENYANYI dari British, Lily Allen dinasihatkan agar menjaga kesihatannya semasa membuat lawatan kerana dia diserang artritis.

Laporan media menyebut penyanyi berusia 24 tahun itu mengaku serangan artritis pada tangan dan lututnya itu amat menyakitkan.

Allen terjatuh semasa membuat lawatan pada bulan Ogos dan dia memerlukan suntikan penahan sakit untuk membolehkannya beraksi dalam konsert.

"Artritis ini saya warisi dari keluarga saya. Tulang-tulang saya senang retak," kata Allen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: