AKTRES veteran Bollywood, Jaya Prada berasa dirinya seperti "permaisuri" semasa memperagakan fesyen di The Wills Lifestyle India Fashion Week (WIFW) untuk para pereka bentuk Ashima dan Leena, Sabtu lalu.
"Saya sangat teruja semasa berjalan di pentas peragaan walaupun bimbang pada permulaannya. Saya tidak pernah berbuat demikian.
"Apabila saya berseorangan di atas pentas, saya berasa diri seperti 'permaisuri'," kata Jaya Prada kepada media selepas persembahan fesyen gilang-gemilang itu.
Aktres berusia 47 tahun itu pernah berlakon dalam filem 'Sharaabi' dan 'Sargam' dan juga seorang Yang Berhormat.
Jaya Prada berkata, dia gembira dapat berpakaian fesyen baru, bersolek dan mendandan rambutnya untuk persembahan fesyen tersebut.
"Walaupun saya berkecimpung dalam politik sekarang, saya masih seorang pelakon. Saya suka menghiaskan diri. Saya rasa ia adalah okey sekiranya ahli politik mendapat glamor sekali-sekala," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: