AYAM Belanda adalah makanan tradisional dalam sambutan Krismas. Malah ia menjadi hidangan wajib untuk kebanyakan keluarga.
Bagaimanapun aktres dari Mexico, Salma Hayek tidak memilih hidangan itu untuk Krismas tahun ini.
Hayek ingin makan tiram menyambut detik-detik Krismas bersama suaminya, Francois-Henry Pinault yang berasal dari Perancis.
Menurut laporan media, Hayek yang juga aktres filem The "Cirque du Freak: The Vampire's Assistant" mendapati suaminya lebih menggemari tiram berbanding ayam Belanda.
"Agak janggal untuk makan tiram semasa Krismas. Saya tidak perasan ia mungkin terjadi kerana saya sudah terbiasa dengan ayam Belanda," kata Hayek.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: