
Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik AC Nielsen, secara umumnya, pendengar radio berbahasa Melayu mengalami penurunan sebanyak 2.5 peratus bagi 2009 berbanding 2008. Bagaimana pun, Suria FM tetap berjaya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Pendengar Suria FM di sebelah Pantai Timur tanah air meningkat sebanyak 38 peratus dan pendengar di bahagian Utara pula mencatatkan peningkatan sebanyak 19 peratus jika dibandingkan dengan keputusan kaji selidik kedua bagi 2008.
Tambahan lagi, jumlah ‘pendengar eksklusif’ Suria FM turut menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 67 peratus berbanding 2008.
Keputusan kaji selidik terbaru ini juga, turut mengesahkan pendengar Suria FM yang berpendapatan antara RM3,000–RM4,000 meningkat sebanyak 41 peratus berbanding kaji selidik lepas.
Selain itu, jumlah ‘pendengar urban’ Suria FM turut mencatatkan peningkatan sebanyak 6 peratus berbanding kaji selidik lepas dan peningkatan lebih tinggi dari pencapaian pasaran.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran, pendapatan tahunan Suria FM telah menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus sehingga September 2009 jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun lepas.
"Tahun 2009 merupakan kejayaan kepada Suria FM dengan pengenalan kepada konsep '50 Minit Muzik Tanpa Henti', '105 Minit Muzik Maraton' di samping pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun. Kami berterima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang terus memberikan sokongan dan juga kami turut mengalu-alukan kehadiran pendengar baru," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: