Wednesday, October 28, 2009

Jawablah!: 'Tak pernah cinta Stacy'


AKIM menafikan yang dia pernah bercinta dengan Stacy seperti yang didakwa ramai.

BELUM setahun jagung dalam bidang seni, nama bekas peserta Akademi Fantasia 7, Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Akim ketika ini cukup panas dan sensasi. Bukan sensasi kerana kerjaya seninya tetapi lebih banyak berkisar kepada kisah cinta. Sejak keluar dari sangkar emas AF, tiada cerita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 18 tahun ini selain dari kisah cintanya.

Bermula dengan peserta anak wayang, Dayana, Akim dikatakan bermain perasaan dengan juara AF musim keenam Stacy. Entah bila masanya mereka bercinta, tidak pula diketahui. Sebaliknya khabar yang bertiup kencang sekarang adalah ikatan yang terjalin antara dua merpati itu sudah pun berakhir. Dan belum surut cerita perpisahan Akim dan Stacy, tiba-tiba muncul pula kononnya jejaka dari Johor Bahru itu sedang hangat bercinta dengan Mila.

Amboi! Mudah benar cinta beralih arah. Jika benarlah apa yang berlaku itu, nampaknya Akim adalah seorang lelaki yang begitu mudah jatuh cinta serta mudah menaburkan cinta pada mana-mana wanita atau dalam erti kata lain, Akim seorang playboy. Pun begitu, saat diajukan soalan nakal itu pada si empunya diri, Akim menafikan yang dia seorang kaki perempuan. Malah dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia dan Stacy pernah menjalinkan hubungan cinta.


Sambil menegaskan antara dia dan Stacy tidak lebih dari sekadar berkawan, Akim berkata buat masa ini cinta bukanlah sesuatu yang dicarinya. Sebaliknya, tegas Akim dia mahu terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni yang amat diminatinya ini.

Hip: Betulkah sebelum ini Akim memang bercinta dengan Stacy?

Akim:
Akim tidak pernah bercinta dengan Stacy. Antara Akim dan Stacy hanyalah kawan biasa. Apabila goisp ini tersebar, Akim sendiri merasa pelik kerana antara kami berdua memang tak ada hubungan istimewa. Tak dinafikan, memang kami pernah keluar bersama tetapi bukannya berdua. Kalau kami keluar pun beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Dalam hal ini, Akim anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata. Macam cerita yang kononnya saya bercinta dengan Aishah dulu sewaktu dalam akademi serta gosip saya bercinta dengan peserta anak wayang, Dayana. Saya anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata.

AKIM bergandingan dengan Mila sebagai pasangan kekasih dalam drama Kau dan Aku.

Hip: Kalau begitu, macam mana orang boleh kaitkan Akim dengan Stacy?

Akim:
Bila berkawan dengan Stacy, Akim sebenarnya banyak belajar darinya terutama hal yang membabitkan persembahan pentas. Dia banyak mengajar Akim cara membuat persembahan. Disebabkan hal itu, kami menjadi rapat. Dan untuk pengetahuan semua, Akim sebenarnya kalau rapat dengan orang, memang akan mesra. Tak kiralah siapa saja, kalau Akim selesa, Akim akan mudah mesra. Mungkin disebabkan kemesraan kami orang salah anggap dan melabelkan kami pasangan yang bercinta tanpa mengetahui situasi sebenar hubungan kami.

Hip: Mungkin Stacy ada ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan Akim?

Akim:
(Ketawa) Dalam hal ini, saya lebih suka pada gadis yang memahami situasi saya sebagai seorang artis. Berada dalam kelompok ini, tak dinafikan saya memang terdedah dengan pelbagai gosip. Jadi, mana-mana gadis yang ingin berkawan dengan saya haruslah memahami diri saya supaya tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Mengenai Stacy, saya hanya boleh katakan dia menepati ciri-ciri itu untuk perkara tertentu saja dan bukannya semua.


Hip: Bagaimana pula dengan cerita kononnya Akim bercinta dengan Mila?

Akim:
Itu lagilah tak benar. Kami hanya bercinta dalam drama Kau dan Aku. Dalam drama itu, Mila jadi kekasih saya.

Hip: Apabila terlalu kerap dikaitkan dengan kisah cinta, tidakkah Akim risau dilabelkan sebagai lelaki playboy?

Akim:
Gosip cinta ini bukannya Akim sendiri yang mahu atau reka sendiri. Tapi Akim tak mahu ambil pusing sangat sebab Akim tahu itu semua tidak benar. Terserah kalau orang nak label atau kata apa saja pada Akim sebab Akim tau, Akim tak buat salah. Akim juga bersyukur kerana keluarga Akim amat memahami situasi dan mereka banyak menasihatkan Akim supaya bersabar. Lagipun inilah jalan yang Akim pilih dan Akim harus bersabar menempuhinya.

Hip: Khabarnya untuk video klip Bengang, Akim terpaksa dibuat sebanyak tiga kali. Adakah ini ada kaitan dengan masalah disiplin Akim?

Akim:
Kali pertama klip video itu dihasilkan, ia ditolak oleh syarikat pengurusan Akim iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Apa alasannya, Akim sendiri tidak tahu. Apabila klip video kali kedua dibuat, kami terpaksa merakamnya kembali kerana ada adegan dalam video muzik itu mendapat teguran peminat. Menurut mereka, ada babak yang menunjukkan saya memegang stereng kereta sambil bercakap di telefon. Sebenarnya sewaktu babak itu dirakamkan, kereta itu statik. Tapi disebabkan saya memegang stereng, jadi mereka menyangkakan saya melanggar undang-undang jalan raya kerana memandu sambil menelefon. Sekarang ini yang ditayangkan di televisyen adalah klip video yang kedua. Buat masa ini Akim sedang menunggu untuk kembali ke lokasi bagi merakamkan muzik video bengang untuk kali ketiga. Semua ini ada kaitan dengan soal teknikal dan bukannya sebab saya tidak berdisiplin.

Hip: Akim tak minat untuk sambung pelajaran memandangkan Akim masih muda?

Akim:
Akim memang ada pasang niat untuk sambung belajar. Kalau dulu Akim minat untuk mempelajari pengurusan perniagaan, kini selepas menceburi bidang seni, Akim ingin mendalami ilmu Seni Persembahan. Tapi bukanlah sekarang. Mungkin tahun depan atau dua tahun lagi, bergantung pada keadaan. Mungkin selepas Akim stabil dalam bidang ini barulah Akim berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: