![]() |
| Sarah-Jane Marsh |
![]() |
| David Nicholson |
LONDON - Ketua Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan kebangsaan (NHS), David Nicholson yang berumur 52 tahun kini mencetuskan persoalan berhubung hubungan intimnya dengan seorang ketua sebuah hospital paling muda, Sarah-Jane Marsh yang berumur 32 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka dijangka berkahwin pada tahun depan.
Marsh dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif di Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada Jun lalu dengan pendapatan sebanyak £155,000 (RM623,281) setahun.
Dia dianggap sebagai ketua pegawai eksekutif yang paling muda di negara itu.
Sejak dia bekerja dengan Nicholson, dia diberikan peluang untuk memegang jawatan penting sebelum menjadi ketua pegawai operasi di Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada Disember 2007.
Marsh menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah dana pada Mac lalu.
Dalam satu kejadian, Nicholson dinamakan sebagai penyokong dalam permohonan Marsh.
Namun, Jabatan Kesihatan Britain menyatakan Nicholson merupakan penyokong bagi jawatan pertamanya.
Setakat ini masih tidak jelas bila hubungan mereka bermula.
Bagaimanapun, Nicholson memberitahu Setiausaha Tetap Jabatan Kesihatan, Sir Hugh Taylor mengenai pertunangannya dengan Marsh pada September lalu.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: