Monday, October 12, 2009

Aktres berkumur selepas bercium



GRIMES berkumur dengan bahan pencuci mulut.



GRIMES menyemburkan bahan pencuci mulut.


BEVERLY HILLS - Aktres Shenae Grimes yang berumur 19 tahun berkumur dengan bahan pencuci mulut selepas dia melakukan adegan berkucupan dengan seorang pelakon lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum dia berkumur dengan bahan pencuci mulut itu, Grimes mencium mulut pelakon lelaki tersebut dalam sebuah kereta berdasarkan skrip drama televisyen bersiri, Beverly Hills 90210.

Drama bersiri itu amat popular pada tahun 1990-an sehingga menyebabkan aktor Jason Priestly, Shannen Doherty dan Luke Perry menjadi bintang terkenal.

Gambar Grimes berkumur itu sempat dirakamkan oleh paparazi di lokasi penggambaran drama tersebut di California.

Dalam drama itu, Grimes melakonkan watak Annie Wilson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: