
MOSCOW - Taikun sarkas Kanada, Guy Laliberte kembali ke bumi semalam dengan memakai hidung badut berwarna merah.
Dia kembali dengan menaiki kapsul Soyuz yang mendarat di sebuah kawasan di Kazakhstan bersama dengan dua angkasawan lain.
"Semuanya berlaku dengan normal dan mengikut waktu," kata Ketua Energia, Vitaly Lopota yang memiliki syarikat pembinaan kapsul Soyuz menerusi televisyen.
Kapsul itu membawa dua angkasawan Rusia, Gennady Padalka dan Michael Barratt dari Amerika Syarikat.
Ia mendarat pada pukul 10,30 pagi waktu tempatan dekat bandar Kazakhstan, Arkalyk.
Imej televisyen menunjukkan kapsul itu mendarat dengan menggunakan payun terjun oren dan putih.
Padalka dilihat memakan buah epal dan duduk makala tubuhnya diselimuti sambil berkata: "terima kasih, terima kasih."
Laliberte yang merupakan seorang bilionair memakai hidung badut semasa dia dibawa keluar dari kapsul Soyuz itu.
Dia memakai hidung badut itu semasa berada dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 2 Oktober lalu dan pada sidang akhbar sebelum berlepas ke ISS.
Laliberte tidak mendedahkan berapakah jumlah yang dibayarnya bagi mengikuti perjalanan ke stesen tersebut.
Sebelum ini, seorang pengasas perisian, Charles Simonyi membayar sebanyak AS$35 juta (RM118.68 juta) untuk berlepas ke ISS.
Laliberte mungkin merupakan pelancong angkasa yang terakhir kerana bilangan kerusi akan dihadkan untuk mereka yang mahu melancong ke ISS.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: