
MANILA - Pihak berkuasa Filipina semalam mempercepatkan usaha bagi memberi bantuan kepada wilayah utara yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.
Tindakan itu dilakukan selepas Taufan Melor dan Parma menyerang utara Filipina sehingga menyebabkan angka kematian meningkat kepada 530 orang.
Pasukan penyelamat menggunakan penyodok tanah dan tangan meneruskan usaha bagi mencari mangsa di kawasan utara Pulau Luzon yang masih terjejas akibat tanah runtuh.
"Perkara paling penting ialah untuk membuka jalan bagi membolehkan bantuan dihantar kerana kami tidak dapat mencari laluan alternatif," kata Setiausaha Pertahanan, Gilberto Teodoro dalam satu wawancara di televisyen.
Tentera Amerika Syarikat (AS) yang melakukan latihan ketenteraan di kawasan berdekatan menghantar pesawat C130 dan tiga buah helikopter Chinook bagi membawa bekalan makanan dan perubatan ke Bandar Baguio di kawasan pergunungan Benguet, 250 kilometer ke utara Manila.
Kawasan itu dan di sekitarnya terputus hubungan akibat tanah runtuh.
"Mulai sekarang, bekalan makanan dan bantuan dihantar melalui helikopter kerana kerja-kerja membersihkan jalan raya mengambil masa antara dua hingga lima hari," kata jurucakap sebuah agensi bantuan kemanusiaan Filipina, Leftenan Kolonel Ernesto Torres.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: