Monday, October 12, 2009

19 maut serangan di Ramadi


BEBERAPA penduduk Iraq berjalan di tempat lokasi letupan bom kereta
di Ramadi semalam.


RAMADI - Dua bom kereta dan satu serangan pengebom berani mati berlaku di bandar Ramadi menyebabkan 19 orang terbunuh semalam.

Beberapa pegawai menyatakan lebih 80 orang cedera dalam kejadian itu.

Menurut seorang pegawai polis, dua buah bom kereta meletup di Ramadi yang merupakan ibu negeri daerah Anbar berdekatan dengan pejabat gabenor.

"Serangan itu menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk sembilan anggota polis," kata Kementerian Dalam Negeri kepada AFP.

"Sebanyak 81 orang cedera dan 30 buah kereta terbakar," katanya.

Menurut seorang wartawan, bom pertama meletup pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan kira-kira 20 meter dari bangunan di kawasan tempat letak kereta.

Bom kedua kemudian meletup menyebabkan polis menutup kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: