
PASADAMA -Lebih seminggu selepas dikeluarkan dari runtuhan rumahnya, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Vahrasya Clausatio jarang menjauhkan diri daripada lengan ibunya.
Seperti kebanyakan kanak-kanak mangsa gempa bumi yang lain, dia diselubungi trauma berikutan kejadian yang berlaku pada 30 September lalu.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.6 pada skala Richter itu menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Sekumpulan kecil kumpulan bantuan kemanusiaan kini berusaha untuk memulihkan semangat mangsa gempa bumi sebelum ia merebak dan menjadi lebih buruk.
Di Kampung Pasadama, sebuah pasukan bantuan kemanusiaan, Ananda Marga Sejagat telah menubuhkan kawasan taman permainan berdekatan dengan sebuah gedung yang tidak rosak akibat gempa bumi.
Kanak-kanak mangsa gempa bumi itu diberikan anak patung, bola dan kertas bagi membolehkan mereka melukis.

di Padang, Indonesia semalam.
Tujuan kumpulan bantuan kemanusiaan itu melakukan aktiviti tersebut ialah sebagai membawa keluar kanak-kanak berkenaan daripada kesan kejutan akibat gempa bumi.
"Gejala-gejala trauma kanak-kanak termasuk mimpi ngeri, kesukaran untuk tidur lena dan tidak bersedia untuk berada dalam keadaan keseorangan," kata Christian Jung yang merupakan seorang perunding sebuah pertubuhan bukan kerajaan dari Jerman.
"Mereka turut mempunyai gejala fisikal seperti jantung mereka bergerak kencang dan sukar bernafas," jelasnya.
Pengarah TREST yang merupakan sebuah kumpulan bantuan kemanusiaan, Deepek Mostert berkata, dalam kes gempa bumi di Sumatera, trauma berlaku dengan berleluasa akibat desakan psikologi.
"Trauma menyebabkan otak tetap menghantar signal bahawa anda berada dalam situasi hidup dan mati," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: