Tuesday, October 27, 2009

Dengarnya... Natasha 'jaja diri' di Mumbai



Natasha Hudson

CIK Normah diberitahu rakan sepejabat pelakon yang juga model, Datin Natasha Hudson sempat 'membawa diri' ke Mumbai baru-baru ini. Pelakon teater Gamat itu ke sana sambil menyelam, minum air. Kakak kepada Tania Hudson itu sebenarnya ke sana kerana menjalani penggambaran iklan sebuah produk kecantikan yang biarlah Cik Normah rahsiakan dulu apa jenamanya.

Bertuah sungguh Natasha. Sepatutnya menurut teman sepejabat Cik Normah, Natasha patut ke sana sudah lama, namun rezekinya datang pada minit akhir. Dalam menunaikan komitmen berlakon iklan itu, Natasha sempat menjalani sesi fotografi menggayakan busana ala Bollywood seorang pereka fesyen di sana. Kebetulan, kawan Natasha kenal baik dengan pereka fesyen itu.

Siapa tahu, mungkin lepas ini, Natasha pula akan memberi kejutan melebarkan sayap di sana. Dalam pada itu, Natasha sempat menerima tawaran untuk merakamkan lagu di sana. Kebetulan ada pihak yang tahu Natasha boleh menyanyi dalam pernah merakamkan lagu di dalam filem Tipu Kanan Tipu Kiri. Cik Normah kurang pasti pihak di sana mahukan Natasha menyanyikan lagu bahasa apa.


Buat Natasha, Cik Normah doakan semoga terus sukses biarpun kerjayanya pernah tercalar kerana kontroversi kisah peribadi dan perkahwinannya. Yang lepas itu biarlah terus berlalu dan Cik Normah tengok kerjayanya pun semakin pulih.

Ada kalanya apa yang berlaku kepada Natasha itu menjadi pengajaran dan azimat terbaik untuk dirinya menjadi lebih matang. Cik Normah tengok seorang lagi artis yang cukup hebat dengan kontroversi juga sudah semakin diterima wartawan. Baguslah, mungkin tempoh setahun sudah cukup memberi pengajaran kepada artis cantik itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: