KUALA LUMPUR - Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) menerusi perkhidmatan prabayarnya, Xpax, menawarkan perkhidmatan prabayar BlackBerry pertama di negara ini dengan pelan tanpa had harian (Daily Unlimited Plans).
Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, pelan tanpa had harian yang direka khas untuk BlackBerry Curve 8520 itu membolehkan pengguna mendapat akses kepada rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace atau Flickr pada bila-bila masa dan di mana mereka berada.
Katanya, selain itu, pengguna perkhidmatan itu juga boleh berhubung dan berkomunikasi sesama mereka menerusi aplikasi Windows Live Messenger, Google Talk atau Yahoo! Messenger yang tersedia didalam model BlackBerry itu.
"Budaya penggunaan rangkaian sosial dan perkhidmatan mesej segera oleh golongan remaja hari ini membenarkan Xpax untuk mempelajari tingkah laku dan lebih memahami pelanggan muda kami.
"Kami percaya dengan meluaskan perkhidmatan ini kepada golongan belia, ia akan memberikan pengalaman baru dalam berkomunikasi secara optimum menerusi perkhidmatan mesej segera," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: