Tuesday, October 13, 2009

BSN agih RM130j pinjaman mikro


ADINAN


KUALA LUMPUR - Kira-kira 10,000 orang telah menerima pembiayaan mikro daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), kata Pengurus Besar dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning.

Menurutnya, daripada RM200 juta yang disasarkan untuk diagihkan, sebanyak RM130 juta nilai pinjaman mikro telah diagihkan kepada kumpulan sasarannya pada bulan September lalu.

"Kami aktif mempromosikan produk pembiayaan mikro melalui pelbagai saluran bagi meningkatkan kesedaran dan menyediakan kemudahan akses kepada bakal pelanggan," katanya selepas majlis sambutan hari raya BSN di sini semalam.

Selain itu, Adinan menjelaskan, BSN dijangka menyemak semula sasaran keuntungan selepas cukai kepada RM300 juta untuk tahun ini berbanding RM188 juta sebelumnya.

Menurutnya, sehingga September lepas, keuntungan selepas cukai bank berkenaan ialah sebanyak RM262 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: