Friday, October 2, 2009

BMW yakin pada model diesel baru


Geoffrey Briscoe bergaya dengan salah satu model terbaru di bawah BMW EfficientDynamics, BMW 320d Sports di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - BMW Malaysia Sdn. Bhd. (BMW Malaysia) yakin bahawa empat model berkuasa dieselnya di bawah segmen BMW EfficientDynamics yang baru diperkenalkan semalam akan diterima baik di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, keempat-empat model baru itu ialah BMW 320d Sports, BMW 520d Sports Edition, BMW X3 xDrive20d Executive Edition dan BMW 730Ld.

"Model-model yang dipromosikan itu bertepatan dengan masanya seiring dengan perubahan pada sentimen pengguna terhadap alam sekitar," katanya pada majlis pelancaran BMW EfficientDynamics di sini semalam.

BMW EfficientDynamics merupakan strategi berterusan pengeluar kereta itu untuk mengurangkan penggunaan minyak dan tahap pelepasan asap manakala dalam masa yang sama ia mampu meningkatkan prestasi enjin dan keseronokan memandu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: