Friday, October 2, 2009

Jualan Panasonic cecah RM1.7b


Ikuo Miyamoto (kanan) dan Tony Endoh pada majlis pelancaran pameran Eco Panasonic di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (Panasonic Malaysia) menjangkakan nilai jualannya akan mencecah RM1.7 bilion ekoran sumbangan daripada kesemua rangkaian produknya dalam tahun kewangan 2009 sungguhpun kini berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar.

Menurut Pengarah Urusannya, Tony Endoh, terdapat peningkatan lima peratus untuk setiap segmen produk Panasonic dan prestasi keseluruhan jualan bagi separuh pertama tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 113 peratus.

"Pada tahun kewangan lalu jualan kami mencecah RM1.5 bilion dengan pertumbuhan jualan yang positif, kini kami optimis prestasi jualan bagi separuh kedua tahun ini pula akan bertambah sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu," katanya selepas majlis pelancaran Pameran Eco yang bertemakan Power of Innovation di Pusat Pameran Mid Valley di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Panasonic Asia Pacific Pte. Ltd., Ikuo Miyamoto.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: