Wednesday, October 28, 2009

Bio-energy untuk kesihatan lelaki


RAY GOH (kiri) dan Mohd. Jamil Yaacob menunjukkan produk bio-energy di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


KOTA BHARU - Syarikat Bio Distinction Sdn. Bhd. (Bio Distinction) menyasarkan jualan produk kesihatan terbarunya, cincin bio-energy (bio-energy) meningkat sehingga sejuta unit menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ray Goh berkata, buat masa sekarang produk yang mula dipasarkan pada bulan Ogos lalu itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah jualannya kini lebih daripada 50,000 unit cincin bio-energy.

"Produk tersebut menjadi pilihan golongan lelaki yang ingin meningkatkan hubungan intim dengan pasangan masing-masing,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Goh, produk yang dijual pada harga RM360 bagi setiap kotak itu telah dipasarkan secara e-Dagang melalui pelan terkini dan inovatif.

"Bio-energy ini telah dipatenkan bagi memastikan ia tidak ditiru oleh mana-mana pihak," ujarnya.

Selain itu beliau memberitahu, syarikat telah berjaya memasarkan produk berkenaan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Filipina, Vietnam, Kemboja, Iran, Pakistan dan India.

Tambahnya, pasaran produk itu dijangka menebusi pasaran lebih banyak negara pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: