Sunday, October 11, 2009

Artis cantik masih dengan si dia!

NAMPAKNYA artis cantik itu masih dengan buah hati kesayangannya. Walaupun ada yang kata artis ini sudah tidak lagi bercinta dengan kekasih hatinya itu tapi banyak mata yang masih melihat kemesraan kedua-duanya.

Baru-baru ini mereka dilihat di sebuah kedai makan. Berpimpin tangan lagi sambil bergelak ketawa. Tapi dalam masa yang sama terdengar juga kisah kononnya dia nak bertunang dengan orang lain. Siap dah tunjuk cincin lagi.

Jadi kisah mana yang betul sebenarnya ni? Keliru Joyah dengan pendirian cinta artis muda berwajah cantik ini.

Heboh sekejap nak bertunang dengan orang lain, tak lama kisah itu senyap begitu sahaja. Nak kata lenyap tak juga sebab khabarnya masih berkawan.

Tapi pada masa yang sama dia tetap dok bercintan cintun dengan kekasih hatinya itu yang memang menjadi pujaan hatinya sejak buah hatinya itu menjadi suami orang lagi.

Tapi bila kekasihnya dah menduda, artis itu tetap tak kahwin-kahwin juga. Tak tahulah di mana salahnya. Cuma Joyah terdengar ada kalangan keluarga kekasihnya itu yang tak merestui percintaan mereka.

Itu yang buat artis ini berpaling sekejap kepada orang lain. Tapi nak buat macam mana, keluarga pihak kekasih barunya itu juga tak menerimanya.

Alahai nasib.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: