Sunday, October 11, 2009

Artis hingusan berlagak

NAK ketawa Joyah dengar cerita beberapa teman yang menemuramah seorang artis baru ini. Bukannya apa, kata mereka, artis itu berlagak bukan main.

Siap bagi tahu dia anak orang kaya, anak orang politik dan menyanyi bukan kerana duit. Yang seronoknya, dia juga dakwa dia ahli lembaga pengarah beberapa syarikat.

Kalau sekali cakap itu mungkinlah kot-kot dia tak sengaja. Tapi kalau dah berulang kali mahunya tak sakit telinga mendengarnya.

Lagipun kawan-kawan Joyah ini pun bukannya hadap sangat nak tahu fasal peribadi dia. Yang mereka nak tahu perjalanan kerjaya.

Iyalah artis baru. Masih hingusan orang kata. Nak lah tahu kenapa nak jadi penyanyi. Tapi dia dok pusing cerita hal lain pula.

“Ada aku kisah dia anak orang kaya? Cerita perihal kerja, sudahlah. Ini tak melalut cakap itu ini. Meluat,” kata si teman mencebik.

Yang nak tergelaknya kata kawan Joyah, dalam dok kata anak orang kaya, sempat juga si artis muda belia ini nak jual telefon bimbit.

Tengah dok berbual itu banyak kali jugalah artis ini memberitahu dia nak kena balik cepat sebab nak pergi satu show.

Bukannya apa, kata si teman itu lagi, artis itu sengaja beritahu yang dia nak pergi ke show sebab nak bagi tahu yang dia nak ke sana dengan kereta barunya yang berjenama mewah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: