KASIHAN Aleeza Kassim. Macam-macam orang mengata dia hanya kerana dia dimasukkan ke hospital dan menjalani satu pembedahan. Memang minggu lepas model hitam manis ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta dan terpaksa menjalani satu pembedahan.
Ramai sangka dia buat pembedahan di kepala dan ingat dia kena barah otak. Pada hal penyakitnya itu langsung tak ada kena mengena dengan barah otak atau sewaktu dengannya.
Memanglah Aleeza mengalami sakit kepala yang amat sangat sebelum ini dan suaminya membawa Aleeza berjumpa pakar.
Rupa-rupanya bahagian dalam hidungnya tersumbat akibat selesema yang dihidapinya tak baik-baik.
Doktor menasihati Aleeza agar menjalani satu pembedahan untuk mengeluarkan nanah yang terdapat di saluran hidungnya.
Itu sahaja. Tapi orang dok kalut kata dia kena itu ini. Dengarnya Aleeza sendiri pening kepala terpaksa menjawab pelbagai soalan daripada teman-teman yang menghubunginya.
Dek kerana itu juga ramai yang buat macam-macam andaian terhadap diri Aleeza termasuk siapa yang membiayai perbelanjaan hospitalnya.
Hish! Tak baik betul orang begitu. Ingat dia tak ada duit ke nak beli insurans? Lagipun dia kan ada suami, tentulah suaminya yang bayar!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: