Saturday, October 10, 2009

Ancam serang jika pelakon lucah tiba


SEBAHAGIAN anggota Laskar Pembela Islam membuat protes di Jakarta semalam.



JAKARTA - Berpuluh-puluh anggota pertubuhan Laskar Pembela Islam (LPI) semalam melakukan demonstrasi aman bagi menentang kehadiran pelakon lucah terkenal dari Jepun, Maria Ozawa (gambar kecil) ke Jakarta.




Demonstrasi aman itu dilakukan di hadapan pejabat syarikat filem Maxima Picture di kawasan Mangga Dua, Jakarta Pusat yang bertanggungjawab membawa Ozawa berlakon dalam filem Menculik Miyabi.

Jurucakap pertubuhan LPI, Eka Jaya berkata, anggota-anggota kumpulan itu akan menyerang syrikat filem tersebut jika mereka masih mahu meneruskan usaha membawa Ozawa atau lebih dikenali sebagai Miyabi ke Indonesia pada pertengahan bulan ini.

"Jangan salahkan kami sekiranya kami memporak-perandakan tempat maksiat ini (pejabat syarikat Maxima Picture) jika pelakon filem lucah ini tetap datang ke Indonesia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: